Sponsors

Friday, 20 June 2014

FOTOGRAFI PERKAHWINAN

20 JUN 2014 : JUMAAT

Sekali lagi saya telah ditempah untuk majlis perkahwinan, dimana pada kali ini majlis ini terletak di daerah Kota Belud. Daerah yang terkenal dengan panggilan Pekan Koboi kerana banyaknya kuda dan binatang ternakan yang berkeliaran di daerah ini.

Majlis perkahwinan ini terletak di Kampung Tambulion berdekatan dengan Kem Paradise Pusat Latihan Tentera. Gambar dibawah ini adalah gambar yang tercepat saya proses selepas saya ambil gambar pengantin. Pasangan pengantin adalah Amy & Din. Selamat Pengantin Baru Amy & Din semoga bahagia hingga ke akhir hayat.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW. Sesungguhnya selamat cucu Adam dan Hawa ini dari godaan Syaitan Laknatullah, dengan mendirikan masjid maka meraunglah Syaitan binasa kerana gagl menyesatkan cucu Adam dan Hawa dari melakukan maksiat sebelum nikah.

Rayyan Fotoskill

Wednesday, 18 June 2014

Kursus Fotografi Di Timbang Menggaris Kota Belud Oleh Rayyan Fotoskill

19 Jun 2014 : 7.00 pagi

Pengalaman yang amat berharga buat saya ketika menjadi Tenaga Pengajar/Fasilitator Kursus Kemahiran DSLR anjuran Jabatan Pertanian Sabah. Kursus Kemahiran ini telah memberi mendedahkan kepada saya cara-cara untuk berkomunikasi dengan para peserta kursus dan taktik mengajar teori serta praktikal mengenai kursus mengenai kemahiran DSLR.
Kursus DSLR  adalah  salah  satu kursus yang  paling  ramai  peserta berminat  untuk menyertainya.  Kursus ini dapat memberi pengetahuan kepada peminat - peminat  fotografi   mengenai kemahiran asas mengunakan kamera DSLR. Pemilik  DSLR perlu  mengetahui  kemahiran ini  dan  bagi fotografer yang masih tercari-cari setting yang sesuai setiap kali mengunakan DSLR untuk mengambil gambar.

Kehebatan sebenar DSLR dapat dioptimumkan sekiranya anda mahir dan mendalami kekuatan kamera jenis DSLR.  Kursus  ini  sangat  sesuai  untuk  mereka  yang  baru  memiliki DSLR  ataupun  mereka  yang  amat berminat untuk merakamkan gambar dengan baik, berkualiti dan menarik.


Kursus padat 2 hari ini mengandungi semua topik yang diperlukan untuk menjadi seorang jurufoto, antara topik yang terkandung dalam silibus kursus ini seperti mengenali apa itu DSLR, jenis-jenis lensa, fungsi apa itu ISO/Apperture/Shutter dan banyak lagi. Kursus ini adalah pelaburan terbaik anda dan juga menjadikan anda seorang fotografi yang mahir dan berpengetahuan.

Tuesday, 17 June 2014

Membuat Photobook Album/Buku Gambar Hari Penjaja dan Peniaga Kecil ( KPDNKK Sabah )

18 Jun 2014 : 7.00 pagi
Photobook Album atau dalam bahasa malaysia Album Buku Gambar adalah buku yang biasanya ditempah dalam majlis-majlis perkahwinan untuk diabadikan di dalam sebuah buku bergambar dicetak terus ke dalam buku tersebut dengan mengunakan kertas keras atau hard cover dalam pelbagai ukuran seperti 10 x 10 atau 8 x 12 dan adakah juga yang bersaiz kecil.
Dari segi harga sebuah buku yang ditempah, kos anggaran dalam RM400 tetapi terpulang kepada rundingan di antara fotografer dan pelanggan. Mahal atau murah bergantung kepada permintaan pelanggan seperti mana yang mereka kehendaki.

Di laman ini terdapat beberapa contoh gambar photobook yang saya hasilkan. Photobook contoh ini adalah Program Hari Penjaja KPDNKK yang pada ketika itu saya adalah fotografi rasmi mereka.
Untuk menghasilkan Photobook, pertama sekali yang kita harus sediakan adalah gambar-gambar kejadian pada program tersebut. Selepas itu kerja-kerja editing adalah amat penting dalam menghasilkan photobook yang menarik dan baik. Akhir sekali Print atau mencetak, kita bolehlah buat di kedai-kedai cetak yang ada membuatkan perkhidmatan mencetak photobook.

Alhamdulillah dengan rasa syukur ke hadrat Allah swt, akhirnya hasil kerja saya telah dapat diselesaikan seperti apa yang diperlukan oleh pihak pelanggan. Kesimpulannya, untuk menghasilkan photobook, kita perlu ada kemahiran dalam bidang fotografi, grafik design/editing dan sebuah pusat cetakan yang terbaik untuk kita sebagai seorang fotografer.

Monday, 16 June 2014