19 Jun 2014 : 7.00 pagi
Pengalaman yang amat berharga buat
saya ketika menjadi Tenaga Pengajar/Fasilitator Kursus Kemahiran DSLR anjuran
Jabatan Pertanian Sabah. Kursus Kemahiran ini telah memberi mendedahkan kepada
saya cara-cara untuk berkomunikasi dengan para peserta kursus dan taktik
mengajar teori serta praktikal mengenai kursus mengenai kemahiran DSLR.
Kursus DSLR adalah salah satu
kursus yang paling ramai peserta berminat untuk menyertainya. Kursus ini
dapat memberi pengetahuan kepada peminat - peminat fotografi mengenai kemahiran asas mengunakan kamera DSLR. Pemilik DSLR perlu mengetahui kemahiran ini dan bagi fotografer yang masih tercari-cari
setting yang sesuai setiap kali mengunakan DSLR untuk mengambil gambar.
Kehebatan sebenar DSLR dapat
dioptimumkan sekiranya anda mahir dan mendalami kekuatan kamera jenis DSLR. Kursus ini sangat sesuai untuk mereka yang baru memiliki DSLR ataupun mereka yang amat berminat untuk merakamkan gambar dengan baik, berkualiti dan menarik.
Kursus padat 2 hari ini
mengandungi semua topik yang diperlukan untuk menjadi seorang jurufoto, antara
topik yang terkandung dalam silibus kursus ini seperti mengenali apa itu DSLR,
jenis-jenis lensa, fungsi apa itu ISO/Apperture/Shutter dan banyak lagi. Kursus
ini adalah pelaburan terbaik anda dan juga menjadikan anda seorang fotografi
yang mahir dan berpengetahuan.
No comments:
Post a Comment