ISO atau ASA (American Standard Assosiation) adalah unit yang digunakan untuk mengukur sensitif filem atau sensor kamera digital kepada cahaya. Kamera DSLR boleh di laras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan.
ISO diwakili dengan nombor seperti
ISO 100, 200, 400, 800, 1600 dan 3200. Semakin tinggi nilai ISO, semakin
sensitif sensor terhadap cahaya. Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar
yang kita ambil.
Jika ingin mengambil gambar ditempat
yang cerah seperti di bawah cahaya matahari, perlu menggunakan ISO rendah
(contoh ISO 100 atau 200) untuk mengelakkan gambar menjadi terlalu
terang. Sekiranya ingin mengambil gambar di tempat gelap seperti pada
waktu malam, ISO yang tinggi adalah sesuai digunakan (contoh ISO 1600 atau
3200) untuk menghasilkan gambar yang jelas, tidak terlalu gelap.
ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya
Kesan ISO terhadap kecerahan gambar:
Penggunaan ISO yang rendah dapat mengurangkan 'noise' atau 'grain' (bintik-bintik pada gambar). Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih 'noise' berbanding dengan ISO rendah. Gambar akan kelihatan tidak cantik jika mempunyai terlalu banyak 'noise'. Jadi untuk mengelakkan kelihatan 'noise' pada gambar, gunakanlah ISO yang rendah.
No comments:
Post a Comment