Sponsors

Thursday 31 July 2014

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari Rayyan Fotoskill

Koleksi gambar Raya Aidilfitri 28 Julai 2014



Saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali saya, saudara, sahabat handai, kenalan facebook, blogger dan semua saudara muslim di mana sahaja berada. Ampun Maaf sekiranya ada terlanjur kata dan perbuatan samada yang sedar atau tidak sedar...Maaf Zahir Batin..


Saturday 26 July 2014

8Share rewards me cash

8Share rewards me cash and points for sharing cool stuff with my friends.
It's that easy!
Join me now and you will get RM1.00 free when you sign up. 
Click this link for registrar 

Tuesday 22 July 2014

Tiga pemain Argentina enggan pulang sertai kelab Ukraine

KIEV: Tiga pemain Argentina dari Metalist Kharkiv enggan pulang ke kelab bola sepak dari Ukraine itu kerana bimbang dengan konflik yang melanda negara berkenaan, menurut satu laporan media tempatan, hari ini.

Kapten Metalist, Jose Sosa, Alejandro Gomez dan Jonathan Cristaldo berkata mereka akan kekal di Argentina sehingga situasi di Ukraine kembali seperti biasa atau kontrak mereka dibatalkan.

“Tidak masuk akal kami berada di negara yang kami berasa tidak selamat lagi,” kata Gomez kepada sesawang www.football.ua information site.

“Tiada siapa dapat menjamin keselamatan kami di Ukraine.”
Minggu lalu, seorang lagi pemain tengah Argentina, Sebastian Blanco enggan pulang ke Metalist Kharkiv - sebuah kelab di timur Ukraine daripada kem latihan di Austria.

“Selepas pesawat MH17 milik Malaysia terhempas saya tiada niat untuk kembali ke Ukraine,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Sementara itu, juara Ukraine, Shakhtar Donetsk sudah kehilangan enam pemain asing yang enggan pulang ke kelab berkenaan selepas tragedi pesawat berkenaan yang terhempas selepas ditembak di sempadan Ukraine-Russia, Khamis lalu.
Enam pemain berkenaan adalah pemain Brazil - Fred, Alex Teixeira, Douglas Costa, Dentinho dan Ismaily manakala seorang pemain Argentina, Facundo Ferreyra.
Mereka enggan menaiki pesawat untuk pulang ke Ukraine selepas kelab berkenaan tewas kepada Lyon 4-1 di bandar Annecy, Sabtu lalu. - AFP 
Sumber: Berita Harian

Wednesday 16 July 2014

Israel tingkat keganasan

2014/07/17 - 03:36:59 AM

Israel tingkat keganasanAsap kelihatan di Gaza selepas dibom pesawat tentera Israel semalam. Gambar kecil atas; Penduduk Palestin tidur di halaman sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Beit Lahiya semalam selepas meninggalkan kediaman mereka berikutan amaran tentera Israel. Gambar kecil bawah; Seorang kanak-kanak Palestin yang cedera menangis ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza semalam.
Beri amaran kepada 100,000 penduduk Gaza tinggalkan kediaman, sasar lebih banyak serangan

BANDARAYA GAZA: Israel meningkatkan keganasannya di Gaza semalam dengan melancarkan lebih banyak serangan udara selepas cadangan gencatan senjata yang dikemukakan Mesir, gagal. 

Rejim Zionis juga menggugurkan risalah memberi amaran kepada 100,000 penduduk Gaza supaya meninggalkan rumah mereka berikutan rancangannya untuk melancarkan serangan udara besar-besaran di wilayah itu. 

Angka kematian meningkat kepada 209 orang pada hari kesembilan serangan, manakala 1,450 lagi cedera.
Sumber : Berita Harian

Sunday 13 July 2014

ISO, ROLES AND FUNCTIONS IN THE WORLD DSLR PHOTOGRAPHY

ISO or ASA is also known as light sensitivity or sensitivity of the camera sensor to light. So basically ISO in photography, the higher the ISO, the more sensitive the camera's sensor to light. ISO at the time of using SLR Camera "Film Cameras", we often see the word ISO is the "film camera" that we want to buy.


If we want to take pictures at night or low light, we will always buy "Film Cameras" with the high ISO as ISO 400/640/800 in stores pictures. But now the days are getting more sophisticated world of photography, where the evolution of digital camera / DSLR ISO settings make it easier we make what we want.


We no longer need to purchase or use "Film Cameras" if we want to take a picture. We can set the ISO what we want before we started taking pictures at that time also.

We also have to be careful with high ISO values​​. ISO with NOISE always been like brothers and sisters. But not always there NOISE in the picture, the picture will be of poor quality. It is up to the situation and also the photographer who took the pictures.


It should be noted also, not necessarily at night we can not use the ISO with low value. For example take a picture of "Water Fountain" at night. We can use ISO 100 to make us beautiful and clear picture. Other tips to make us beautiful and clear picture, we should have Tripod and Remote Control so that we do not look blurry picture.


Practise Makes Perfect. Good Luck.


ISO, PERANAN DAN FUNGSINYA DALAM DUNIA DSLR FOTOGRAFI

ISO atau juga dikenali sebagai ASA adalah kepekaan cahaya atau sensitiviti sensor kamera terhadap cahaya. Sebagainya asasnya ISO pada fotografi, semakin tinggi nilai ISO, maka semakin sensitiflah  sensor kamera pada cahaya. ISO pada zaman Kamera SLR mengunakan "Kamera Filem", kita sering melihat perkataan ISO ada pada "Kamera Filem"  yang kita hendak beli.


Kalau kita hendak ambil gambar pada waktu malam atau kurang cahaya, kita selalu akan beli "Kamera Filem" dengan nilai ISO yang tinggi seperti  ISO 400/640/800 di kedai-kedai gambar. Tetapi sekarang zaman dunia fotografi sudah semakin canggih, dimana evolusi kamera Digital/DSLR memudahkan kita membuat setting ISO seperti apa yang kita kehendaki.


Kita tidak perlu lagi membeli atau mengunakan "Kamera Filem" kalau hendak mengambil gambar. Kita boleh set nilai ISO apa yang kita mahu sebelum kita mula mengambil gambar pada waktu itu juga.

Kita juga kena berhati-hati dengan nilai ISO yang tinggi. ISO dengan NOISE sentiasa menjadi seperti adik beradik. Tetapi tidak semestinya ada NOISE pada gambar, gambar akan menjadi tidak berkualiti. Terpulang kepada situasi dan juga fotografer yang mengambil gambar tersebut.


Perlu diingatkan juga, tidak semestinya pada waktu malam kita tidak boleh mengunakan ISO dengan nilai rendah. Sebagai contoh mengambil gambar "Air Pancutan" pada waktu malam. Kita boleh mengunakan ISO 100 untuk menjadikan gambar kita cantik dan jelas. Tips lain untuk menjadikan gambar kita cantik dan jelas, kita perlu ada Tripod dan Remote Control supaya gambar kita tidak kelihatan kabur.

Practise Makes Perfect. Selamat Mencuba.


Wednesday 9 July 2014

LEARN HOW A PHOTOGRAPHER TO PROCESS IMAGES TAKEN

July 9, 2014 Wednesday 10 RAMADAN

As a photographer, we must want to know how the ways a professional photographer to process photos they have taken. While some photographers who consider themselves great in taking pictures. But we do not make ourselves already know everything and think little of this and to have skilled photographer.

Absolutely no way a photographer that is normally a photographer to process images they have taken. At this time, I want to share my knowledge and experience as a photographer.

Firstly, a photographer will take pictures using the "Manual Mode Setting", before taking a picture, we have to change the setting to "Manual". No DSLR photographer to take pictures using the Auto Mode Setting.




Second, usually a professional photographer will take pictures using the "RAW Settings". RAW mean Unprocessed photo or photo negative, and JPEG is an image format that is processed.




When we were taking pictures with Manual Mode and RAW settings, such as the production of the image we want. I know that all photographers who read this article would have the skills in taking pictures and I guess I should not tell how to take a picture right way as the use of ISO / Apperture / Shutter Speed.

Third, after the picture is taken, a photographer will process their photos using Lightroom Software. LR software is widely used by the man who called the photographer. A skilled photographer must know and use Lightroom if they take pictures using the RAW format on their DSLR.


Skill in using LR can be learned from a skilled photographer or attend classes Photographers Course.



Practise Makes Perfect, best of luck.

KETAHUILAH CARA-CARA SEORANG FOTOGRAFER MEMPROSES GAMBAR YANG TELAH DI AMBIL

09 JULAI 2014 RABU 10 RAMADHAN


Sebagai seorang fotografer, kita mesti ingin tahu bagaimanakah cara-cara seorang fotografer profesional memproses gambar yang telah mereka ambil. Walaupun ada sesetengah fotografer yang menganggap diri mereka hebat  dalam mengambil gambar.  Tapi kita jangan menjadikan diri kita  sudah tahu segala-galanya dan menganggap remeh hal ini serta seperti telah mahir dalam bidang fotografer.

Tentu ada cara seorang fotografer yang pada kebiasaannya seorang fotografer memproses gambar yang telah mereka ambil. Pada kali ini, saya ingin berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman saya sebagai seorang fotografer.Pertama caranya, seorang fotografer akan mengambil gambar dengan mengunakan "Manual Mode Setting", iaitu sebelum mengambil sesuatu gambar, kita kena ubah setting kepada "Manual". Tidak ada DSLR fotografer mengambil gambar dengan mengunakan Auto Mode Setting.


Kedua, pada kebiasaanya seorang fotografer yang profesional akan mengambil gambar dengan mengunakan "Setting RAW". RAW dalam english bermaksud Mentah, dimana dalam ertikata fotografi, RAW adalah bahan mentah, gambar yang belum diproses dan sebaliknya JPEG format adalah gambar yang sudah siap diproses.


Apabila kita telah mengambil gambar dengan Setting Manual Mode dan RAW, terhasilah gambar yang seperti kita inginkan. Saya tahu bahawa semua fotografer yang membaca artikel ini tentu ada kemahiran dalam mengambil gambar dan saya rasa tidak perlu saya memberitahu lagi cara mengambil gambar yang betul seperti penggunaan ISO/Apperture/Shutter Speed.

Ketiga, setelah gambar di ambil, seorang fotografer akan memproses gambar-gambar mereka dengan mengunakan Software Lightroom. Software LR sangat banyak digunakan oleh insan yang bergelar fotografer. Seorang fotografer perlu tahu dan mahir mengunakan Lightroom sekiranya mereka mengambil gambar dengan mengunakan RAW format pada DSLR mereka.
Kemahiran dalam mengunakan LR boleh dipelajari daripada fotografer yang mahir atau menghadiri kelas-kelas Kursus Fotografer.




Practise Makes Perfect, selamat mencuba.


Wednesday 2 July 2014

DSLR vs KAMERA KOMPAK, MANA SATU PILIHAN ANDA?

Pada zaman sekarang begitu ramai orang berminat dengan kamera DSLR. Seolah-olah ia menjadi satu trend atau ikut-ikutan pada zaman dunia fotografi. Tidak kira tua atau muda, apabila kita lihat di tangan mereka pasti ada sebiji DSLR tergantung di badan mereka.  Tetapi adakah kita tahu mengapa kita pilih Kamera DSLR? dan kenapa pula kita tidak memilih kamera kompak? Inilah persoalan yang selalu bermain diminda kita.


DSLR seperti yang kita tahu, ia bukanlah sebuah kamera yang murah atau mudah dimiliki jika dibandingkan dengan kamera kompak yang harganya jauh lebih murah. Walaupun DSLR sebuah kamera yang mahal tapi kita masih ingin untuk memiliki DSLR.

Apakah kelebihan DSLR ? DSLR adalah sebuah kamera yang boleh memberikan kita output/hasil gambar yang kita inginkan atau dalam ertikata, "Kita adalah pengarah kepada DSLR, DSLR akan mengikut kehendak kita, jenis gambar yang bagaimana kita mahukan iaitu output/hasil gambar tersebut".

Berbeza dengan kamera kompak, kamera kompak tidak boleh memenuhi permintaan kita atau menghasilkan gambar seperti apa yang kita inginkan. Maksudnya, gambar yang terhasil memang cantik tapi tidak seperti apa yang kita mahukan.  Ciri-ciri kamera kompak yang setting/pengaturcaraannya lebih kepada Auto Mode. Setting Auto ini kita gunakan dari mula kita mengambil gambar sehinggalah kita selesai proses mengambil gambar. Pendek kata, lebih mudah mengambil gambar mengunakan kamera kompak, hanya set butang dail kepada Auto Setting.

Seseorang yang memiliki DSLR perlu ada kemahiran dalam bidang DSLR fotografi, tahu cara-cara mengunakan kamera DSLR semaksima yang boleh. Mengunakan DSLR dengan Manual Mode Setting agar kita dapat memaksimakan keupayaan DSLR dalam menghasilkan suatu gambar yang berkualiti, menarik dan terbaik.

Pesanan kepada orang perseorangan yang memiliki kamera DSLR, beranikanlah diri mengunakan DSLR/mengambil gambar dengan mengunakan Manual Mode Setting. Gunakanlah kelebihan/keupayaan kamera DSLR semaksima mungkin dengan menguasai pengaturcaraan menu yang ada pada sesebuah DSLR, antaranya menguasai ISO/Apperture/Shutter Speed.

Adalah menjadi suatu yang sia-sia memiliki kamera DSLR apabila kita memiliki DSLR tapi mengambil gambar mengunakan DSLR dengan Auto Mode Settting dan apabila kita guna Auto Mode Setting mengambil gambar mengunakan DSLR, samalah juga seperti kita mengambil gambar guna kamera kompak. Lebih baik kita guna kamera kompak sahaja kalau kita mengambil gambar guna DSLR dengan Auto Mode Setting. Berani mencuba, praktis menjadikan kita sempurna(Practise Make Perfect).

03 Julai 2014/05 Ramadhan/Khamis