Sponsors

Tuesday 5 January 2016

TIP TERBAIK MENGAMBIL GAMBAR UNTUK MENDAPAT GAMBAR YANG JELAS DAN CANTIK

Fotografi adalah satu bidang yang amat menarik dan seronok. Ramai orang berminat dalam bidang fotografi ini. Selain keseronokan mengambil gambar, kita juga dapat menghasilkan gambar yang kreatif, unik dan luarbiasa untuk di persembahkan/di tonton kepada dunia. 

Kalau nasib kita baik, dengan hanya satu gambar yang kita ambil, kita akan mendapat perhatian dunia dan menjadi terkenal dalam sekelip mata. Pada kali ini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk mendapat gambar yang jelas dan baik ketika kita mahu mengambil sesuatu gambar.

"Shutter button", adalah satu button untuk kita tekan dan mendapat hasil gambar setelah kita berpuashati dengan setting yang kita mahu. Shutter Button amat penting untuk kita ketahui kepentingan dan keutamaannya. Disinilah terletaknya hasil gambar kita samada baik atau tidak.

Amat penting kita harus tahu kemahiran atau teknik semasa menekan Shutter Button ini. Tips yang saya ingin kongsikan, semasa menekan shutter button ini, tidak boleh ada gegaran walau sedikit pun. Dengan sedikit gegaran sahaja, gambar kita akan menjadi kabur dan tidak baik.



Semasa menekan Shutter Button, tekanlah dengan lembut dan hanya jari kita sahaja yang menekan tanpa menghasilkan gegaran pada kamera DSLR.
Sekiranya kita tidak boleh mengelak gegaran semasa menekan shutter button, kita bolehlah mengunakan bantuan Remote Shutter atau Self Timer Setting untuk memudahkan kerja kita dan dapat mengelak kamera dari bergegar semasa menekan Shutter Button.

Disinilah terletak keutamaannya pengetahuan, kemahiran cara menekan shutter button untuk mendapat gambar yang jelas dan baik. Walau pun perkara ini nampak remeh, sekiranya kita tidak ada pengetahuan dan kemahiran tentang ini, maka sudah pasti setiap kali kita ambil gambar, gambar kita akan menjadi kabur dan tidak cantik.