Sponsors

Monday 30 June 2014

PANDUAN SOLAT TARAWIH DAN WITIR

Assalam mualaikum wbt..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Untuk yang ingin refresh semula, mengingati semula cara-cara melaksanakan Solat Tarawih dan Witir. Disini saya bagi link JAKIM mengenai Panduan Melaksanakan Solat Tarawih dan Witir. Semoga kita dapat melaksanakan amalan ini dan mendapat ganjaran yang berlipatkali ganda. Aamiin..

Link Panduan Solat Tarawih :


Sumber  : lib.insaniah.edu.my

Sunday 29 June 2014

GADIS HAMPIR 2 TAHUN TIDAK DATANG HAID/PAKAR SAKIT PUAN

Saya berusia 19 tahun dan mengalami masalah haid. Saya masih bujang, tidak pernah melakukan hubungan kelamin serta mempunyai bacaan indeks jisim tubuh (BMI) berat badan berlebihan. Saya tidak datang haid sejak pertengahan 2012 dan pelbagai cara dilakukan untuk merawat masalah ini dari segi tradisional hinggalah bertemu pakar perubatan. 

Namun jawapan yang diberikan ketika itu hanyalah hormon tidak stabil dan tiada sebarang ubat diberikan. Sehingga Mei 2014, saya masih tidak didatangi haid. Sejak akhir-akhir ini, bahagian ari-ari terasa sakit dan faraj mengalami kegatalan yang keterlaluan. 

Apakah yang harus saya lakukan kerana saya takut ia akan memberi kesan pada masa depan? Saya agak buntu untuk menyelesaikan masalah ini. Kitaran haid lazimnya dikawal dua hormon utama dari ovari iaitu estrogen dan progesteron. Estrogen membentuk lapisan haid (endometrium) manakala progesteron pula mematangkan lapisan itu. Pematangan ini penting untuk menurunkan haid sekiranya telur tidak disenyawakan oleh sperma. 

Wanita yang mempunyai masalah kesuburan ovari tidak menghasilkan telur matang. Ini menyebabkan kurang penghasilan hormon estrogen dan tiada pula penghasilan hormon progesteron oleh ovari. Inilah yang diterangkan kepada anda sebelum ini. Bagi kes seperti anda, pemberian ubat mengandungi hormon menyerupai progesteron dapat menurunkan haid. 

Bagi wanita yang ketiadaan pengeluaran telur, ia akan kelihatan seolah-olah wanita itu terpaksa bergantung kepada pil hormon ini untuk menurunkan haid. Rawatan asas adalah untuk membesarkan telur supaya ia boleh matang dan keluar (ovulasi) bagi melengkapkan kitaran haid. Bagi kumpulan wanita yang menginginkan anak, pemberian ubat subur dalam jenis dan dos bersesuaian dapat menjayakannya. Tetapi ubat ini mungkin kurang sesuai untuk wanita yang belum berkahwin. Satu lagi cara adalah menurunkan berat badan. 

Walaupun sukar diamalkan, menurunkan berat badan kepada tahap ideal lazimnya dapat mengembalikan ovulasi dan seterusnya mengembalikan aturan kitaran haid wanita. Buat permulaan, anda boleh mencuba menurunkan sebanyak lima peratus saja daripada berat badan sekarang. Ini kerana, dalam sekumpulan kecil kes, menurunkan berat badan sekecil ini dapat mengembalikan kitaran haid dan seterusnya kesuburan. 

Anda juga mungkin mengalami jangkitan kemaluan yang lazimnya berada di dalam faraj. Ia mudah dirawat. Bagaimanapun, bagi wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, jangkitan ini lebih mudah berlaku.

Sumber Harian Metro

Friday 27 June 2014

Bermula Ramadhan 1435 Tahun 2014

Assalam mualaikum wbt buat sahabat-sahabatku dan saudara-saudara Islamku di seluruh dunia. Alhamdulillah kini Ramadhan tiba lagi, bulan penuh berkat, bulan keampunan. Bermulanya 1 Ramadhan pada tahun ini telah ditetapkan pada 29 Jun 2014 ( Ahad ) seperti yang telah diumumkan oleh Mohor-Mohor Besar di Raja Malaysia.




Kelebihan Solat Sunat Tarawih.
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Semoga Ramadhan kali ini, kita dapat ganjaran pahala berlipat kali ganda dan ganjaran pahala yang terbaik dari Allah swt. Aamiin.




Wednesday 25 June 2014

Koleksi Foto Rayyan Fotoskill Yang Mendapat Award Di Pixoto

Pixoto adalah suatu komuniti dalam talian di mana jurugambar bersaing untuk memberikan hasil imej yang terbaik dalam kategori mereka. Imej dihantar dan dipadankan antara satu sama lain dalam sistem ImageDuel dan diundi oleh ahli-ahli masyarakat yang lain. 

Pemenang akan diletakan di Leaderboards Imej dan bersaing untuk tempat teratas yang dipamerkan. Dengan permukaan imej yang terbaik untuk bahagian atas Leaderboard, Harapan Pixoto agar ruangan ini akan menjadi tempat untuk mencari gambar-gambar yang berkualiti tinggi bagi subjek yang diberikan.

Pixoto juga mempunyai direktori Pemain yang disusun mengikut skor imej. Sebagai contoh, anda boleh mencari senarai jurugambar perkahwinan atas di Pixoto dan kemudian melihat halaman profil mereka. Halaman profil disesuaikan dan termasuk imej atas pemarkahan, bios dan maklumat kenalan.

Pixoto menawarkan hadiah wang tunai setiap minggu untuk imej terbaik dalam setiap kategori dan secara berkala akan menjalankan peraduan yang lebih besar berkaitan dengan bidang tertentu

Antara Koleksi gambar-gambar yang mendapat Award daripada Pixoto. 




Tuesday 24 June 2014

Photobook Untuk Pengantin Baru

Photobook untuk Majlis Perkahwinan adalah satu benda yang selalu pihak pengantin inginkan agar majlis perkahwinan mereka itu dapat di abadikan dalam sebuah buku atau album untuk selamanya. Proses menghasilkan photobook perlu mengambil masa dan perlu penelitian agar kualiti pembuatannya adalah yang terbaik.


Berikut adalah salah satu contoh custom album untuk menghasilkan  photobook. Terdapat pelbagai design atau susunatur untuk menghasilkan photobook yang menarik. Terpulang kepada kreativiti seseorang grafik designer.

Contoh gambar yang telah diproses dalam LR dan PS agar gambar lebih cantik dan menarik.

Kesimpulannya, seorang fotografer haruslah memiliki kemahiran dalam LR dan PS serta ditambah dengan kreativiti yang ada pada seseorang fotografer dan memiliki kesenian dalam diri seorang fotografer adalah satu bonus bagi mereka.

Saturday 21 June 2014

ISO Dalam Maksud DSLR

ISO atau ASA (American Standard Assosiation) adalah unit yang digunakan untuk mengukur sensitif filem atau sensor kamera digital kepada cahaya. Kamera DSLR boleh di laras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. 

ISO diwakili dengan nombor seperti ISO 100, 200, 400, 800, 1600 dan 3200. Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar yang kita ambil.

Jika ingin mengambil gambar ditempat yang cerah seperti di bawah cahaya matahari, perlu menggunakan ISO rendah (contoh ISO 100 atau 200) untuk mengelakkan gambar menjadi terlalu terang. Sekiranya ingin mengambil gambar di tempat gelap seperti pada waktu malam, ISO yang tinggi adalah sesuai digunakan (contoh ISO 1600 atau 3200) untuk menghasilkan gambar yang jelas, tidak terlalu gelap.

Contoh penggunaan ISO dengan betul:
ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya

Kesan ISO terhadap kecerahan gambar:

Penggunaan ISO yang rendah dapat mengurangkan 'noise' atau 'grain' (bintik-bintik pada gambar). Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih 'noise' berbanding dengan ISO rendah. Gambar akan kelihatan tidak cantik jika mempunyai terlalu banyak 'noise'. Jadi untuk mengelakkan kelihatan 'noise' pada gambar, gunakanlah ISO yang rendah.

Friday 20 June 2014

FOTOGRAFI PERKAHWINAN

20 JUN 2014 : JUMAAT

Sekali lagi saya telah ditempah untuk majlis perkahwinan, dimana pada kali ini majlis ini terletak di daerah Kota Belud. Daerah yang terkenal dengan panggilan Pekan Koboi kerana banyaknya kuda dan binatang ternakan yang berkeliaran di daerah ini.

Majlis perkahwinan ini terletak di Kampung Tambulion berdekatan dengan Kem Paradise Pusat Latihan Tentera. Gambar dibawah ini adalah gambar yang tercepat saya proses selepas saya ambil gambar pengantin. Pasangan pengantin adalah Amy & Din. Selamat Pengantin Baru Amy & Din semoga bahagia hingga ke akhir hayat.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW. Sesungguhnya selamat cucu Adam dan Hawa ini dari godaan Syaitan Laknatullah, dengan mendirikan masjid maka meraunglah Syaitan binasa kerana gagl menyesatkan cucu Adam dan Hawa dari melakukan maksiat sebelum nikah.

Rayyan Fotoskill

Wednesday 18 June 2014

Kursus Fotografi Di Timbang Menggaris Kota Belud Oleh Rayyan Fotoskill

19 Jun 2014 : 7.00 pagi

Pengalaman yang amat berharga buat saya ketika menjadi Tenaga Pengajar/Fasilitator Kursus Kemahiran DSLR anjuran Jabatan Pertanian Sabah. Kursus Kemahiran ini telah memberi mendedahkan kepada saya cara-cara untuk berkomunikasi dengan para peserta kursus dan taktik mengajar teori serta praktikal mengenai kursus mengenai kemahiran DSLR.
Kursus DSLR  adalah  salah  satu kursus yang  paling  ramai  peserta berminat  untuk menyertainya.  Kursus ini dapat memberi pengetahuan kepada peminat - peminat  fotografi   mengenai kemahiran asas mengunakan kamera DSLR. Pemilik  DSLR perlu  mengetahui  kemahiran ini  dan  bagi fotografer yang masih tercari-cari setting yang sesuai setiap kali mengunakan DSLR untuk mengambil gambar.

Kehebatan sebenar DSLR dapat dioptimumkan sekiranya anda mahir dan mendalami kekuatan kamera jenis DSLR.  Kursus  ini  sangat  sesuai  untuk  mereka  yang  baru  memiliki DSLR  ataupun  mereka  yang  amat berminat untuk merakamkan gambar dengan baik, berkualiti dan menarik.


Kursus padat 2 hari ini mengandungi semua topik yang diperlukan untuk menjadi seorang jurufoto, antara topik yang terkandung dalam silibus kursus ini seperti mengenali apa itu DSLR, jenis-jenis lensa, fungsi apa itu ISO/Apperture/Shutter dan banyak lagi. Kursus ini adalah pelaburan terbaik anda dan juga menjadikan anda seorang fotografi yang mahir dan berpengetahuan.

Tuesday 17 June 2014

Membuat Photobook Album/Buku Gambar Hari Penjaja dan Peniaga Kecil ( KPDNKK Sabah )

18 Jun 2014 : 7.00 pagi
Photobook Album atau dalam bahasa malaysia Album Buku Gambar adalah buku yang biasanya ditempah dalam majlis-majlis perkahwinan untuk diabadikan di dalam sebuah buku bergambar dicetak terus ke dalam buku tersebut dengan mengunakan kertas keras atau hard cover dalam pelbagai ukuran seperti 10 x 10 atau 8 x 12 dan adakah juga yang bersaiz kecil.
Dari segi harga sebuah buku yang ditempah, kos anggaran dalam RM400 tetapi terpulang kepada rundingan di antara fotografer dan pelanggan. Mahal atau murah bergantung kepada permintaan pelanggan seperti mana yang mereka kehendaki.

Di laman ini terdapat beberapa contoh gambar photobook yang saya hasilkan. Photobook contoh ini adalah Program Hari Penjaja KPDNKK yang pada ketika itu saya adalah fotografi rasmi mereka.
Untuk menghasilkan Photobook, pertama sekali yang kita harus sediakan adalah gambar-gambar kejadian pada program tersebut. Selepas itu kerja-kerja editing adalah amat penting dalam menghasilkan photobook yang menarik dan baik. Akhir sekali Print atau mencetak, kita bolehlah buat di kedai-kedai cetak yang ada membuatkan perkhidmatan mencetak photobook.

Alhamdulillah dengan rasa syukur ke hadrat Allah swt, akhirnya hasil kerja saya telah dapat diselesaikan seperti apa yang diperlukan oleh pihak pelanggan. Kesimpulannya, untuk menghasilkan photobook, kita perlu ada kemahiran dalam bidang fotografi, grafik design/editing dan sebuah pusat cetakan yang terbaik untuk kita sebagai seorang fotografer.

Monday 16 June 2014

Sunday 15 June 2014

Kucing Talent Terbaik Untuk Seni Fotografi

16 Jun 2014: 7.00pagi.
Topik saya pada hari mengenai mencari talent atau model untuk menambah koleksi gambar -gambar simpanan fotografer. Biasanya fotografer akan mencari talent seorang gadis yang cantik dan seksi untuk menarik perhatian orang yang melihat media bergambar dan peminat fotografi.
Memang tidak menjadi satu kesalahan mengunakan gadis cantik dan seksi sebagai talent tetapi kadangkala gambar yang diambil terlalu menjolok mata seperti ia satu gambar publisiti murahan dan gambar itu hanya bersandarkan pada kecantikan dan keseksian gadis itu. 
Option untuk talent lain selain gadis, kita boleh mengunakan haiwan yang jinak diantaranya seperti kucing dan kelebihan kucing menjadi talent diantaranya adalah kecomelan kucing, matanya yang bersinar dan bulu kucing yang boleh dijadikan detail yang amat berharga pada satu-satu gambar.
Detail sesuatu gambar amat penting untuk output gambar, lebih banyak detail yang kita dapat rakam, maka lebih cantik dan lebih berhargalah gambar yang kita ambil.
Kesimpulannya, seorang fotografi haruslah tahu dan bijak dalam menilai gambar yang mereka ambil untuk menjadi tatapan umum kepada orangramai. Fotografi ada seni dan seni itu adalah sesuatu yang bersifat baik dan kreativiti seorang fotografer amat perlu serta kebijaksanaan mereka masuk ke dalam ruang dunia fotografi.

Rayyan Fotoskill

Saturday 14 June 2014

the new blog: ENGLAND VS ITALY, WORLD CUP

the new blog: ENGLAND VS ITALY, WORLD CUP: 15 jun 2014, Piala Dunia England bertemu dengan Italy adalah satu perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat bola sepak. Dua-dua...

ENGLAND VS ITALY, WORLD CUP

15 jun 2014, Piala Dunia England bertemu dengan Italy adalah satu perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat bola sepak. Dua-dua kumpulan adalah hebat dan jaguh bola sepak dunia.

Pemain England yang diturunkan pada masa ini adalah Hart, Johnson, Cahill, Jagielka, Baines, Gerrard, Henderson, Sterling, Rooney, Welbeck dan Sturridge. Manakala pemain simpanan terdiri daripada Wilshere, Lampard, Smailling, Foster, Oxlade-Chamberlain, Jones, Milber, Lambert, Lallana, Barkley, Foster dan Shaw. 

Pemain Italy pula terdiri dari Sirigu, Darmain, Paletta, Barzagli, Chiellini, Pirlo, De Rossi, Verratti, Candreva, Balotelli dan Marchisio. Manakala pemain simpanan Italy terdiri daripada Buffon, De Sciglio, Motta, Abate, Cassano, Cerci, Perin, Aquilani, Immobile, Parolo, Bonucci dan Insigne. 

England mengunakan formasi 4-2-3-1 manakala Italy mengunakan formasi 4-3-3 pada perlawanan kali ini. Perlawanan ini melihatkan kedua-dua team memang sama-sama kuat dan dapat menguasai perlawanan dengan baik. 

Jaringan gol pertama pada minit 35' oleh pemain Italy Claudio Marchisio dimana Pirlo membuat dummy yang cantik dan Marchisio menyudahkannya menjaringkan gol yang pertama pada perlawanan ini. 

Gol kedua dijaringkan oleh Daniel Sturridge pada minit ke 37' dibantu oleh Rooney dan Sturridge mengambil peluang ini dengan jaringan yang cantik. 

Gol ketiga dijaringkan oleh Mario Balotelli pada minit ke 50', Beberapa pertukaran pemain telah dibuat untuk memantapkan lagi pasukan masing-masing.

Masa tambahan 5 minit setelah 90' perlawanan berlangsung. Setiap pasukan masih berusaha keras pada minit-minit yang terakhir untuk mencari kemenangan dalam perlawanan ini. Keputusan muktamad Italy menewaskan England 2-1. Tahniah Italy. 

RAYYAN FOTOSKILL

Friday 13 June 2014

Belanda Menundukkan Sepanyol 5-1

Juara bertahan Spain bermula dengan baik dalam perlawanan mereka tetapi kesilapan pada separuh masa kedua menjadikan belanda menghasilkan sejarah pada perlawanan ini dengan keputusan perlawanan yang mengejutkan bagi semua pihak. 

Dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Arjen Robben dan Robin van Persie kedua-dua menjaringkan dua gol, termasuk satu tandukan yang menakjubkan dari penyerang Manchester United, dan Belanda kejutkan Sepanyol 5-1.

Sepanyol, memulakan permainan dengan banyak bola dikuasai oleh mereka, Xabi Alonso membuat slot di ruang penalti untuk mendahului 1-0 pada setengah jam masa pertama. 

Walau bagaimanapun, kesilapan demi kesilapan berlaku dengan 5 gol di hadiah kepada Spain oleh Belanda. Van Persie menjaringkan 2 gol pada minit 44' dan 72', sementara itu Arjen Robben menjaringkan gol pada minit 53' dan 80' manakala Stefan de Vrij menjaringkan gol pada minit 64'. 

Keputusan penuh perlawanan Netherland 5 dan Spain 1. Perlawanan yang terbaik dan mengejutkan peminat bola sepak dunia. 

Thursday 12 June 2014

Brazil vs Crotia, Brazil Gagah Menunjukkan Taring Mereka

Terbangun jam 4 subuh tadi, terus keluar bilik tengok World Cup Brazil menentang Crotia. Mula-mula terkejut dengan gol sendiri terkena kaki Marcelo menyebabkan Brazil ketinggalan 0-1. 

Namun Brazil terlalu kuat untuk Crotia, Brazil menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan gol Neymar dan menambah lagi gol hasil sepakan penalti. Brazil 2, Crotia 1, dan seterusnya Brazil menamatkan permainan dengan gagahnya dengan sepakan gol oleh Oscar melenyapkan impian Crotia untuk memenangi perlawanan pertama mereka. 

Seronok tengok bola sambil duduk-duduk makan nasi goreng dan biskut dengan krim kacang berserta minuman panas nescafe. ok guy, sapa2 yang tidak berkesempatan menonton perlawanan Brazil-Crotia ini lah keputusannya 3-1. 13 Jun 2014

Rayyan Fotoskill, Your Photography services

Wednesday 11 June 2014

Apa yang dimaksudkan dengan Lensa Kit ?

Ramai fotografer amatur yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi selalu menyebut lensa kit atau Kits Lens. Ada diantaranya yang selalu terdengar fotografer menyebut "kits lens" tetapi belum benar memahami atau tahu apa itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan kits lens. Kits lens atau Lensa kit adalah lensa yang dijual bersama dengan body kamera.
Gambar diatas adalah satu contoh kamera DSLR yang dijual bersama dengan kits lens. Kelebihan membeli kamera DSLR bersama (body kamera+lensa kit), harga yang kita beli lebih murah dibandingkan dengan harga yang kita beli DSLR secara berasingan. Selain kelebihan lensa kit yang dual fungsi, boleh mengambil gambar jauh dan dekat (18-55mm/18-105mm).
Kualiti gambar lensa kit juga amat baik dan fungsinya yang boleh mengambil gambar jauh dan dekat, dapat meringankan beban kita untuk membawa lebih banyak lensa di dalam beg kita di saat kita pergi bercuti untuk merakam setiap detik yang berharga. RAYYAN FOTOSKILL

Kemahiran Yang Perlu Ada Bagi Seorang Fotografer Pada Masa Kini. Rayyan Fotoskill

Seorang fotografer haruslah memiliki kemahiran yang perlu ada bagi seorang fotografer. Paling asas kemahiran seorang fotografer yang perlu ada pada dirinya adalah kemahiran mengambil gambar mengunakan apa sahaja jenis kamera. Dari kamera yang berfungsi automatik hinggalah yang mengunakan manual mode seperti kamera DSLR.
Pertama kemahiran yang fotografer harus ada adalah kemahiran dalam bidang fotografi iaitu kemahiran mengambil gambar. Kedua, mahir dalam mengunakan software Light Room atau LR. LR banyak memainkan peranan dalam menjadikan sesuatu output gambar yang tidak menarik menjadi menarik dan transfom menjadi terbaik.
Ketiga kemahiran yang seorang fotografer harus ada lagi dan harus memilikinya adalah kemahiran dalam mengunakan software Adobe Photoshop. Inilah ketiga-tiga kemahiran yang perlu ada bagi seorang fotografer bagi sesiapa yang ingin menjadi  fotografer peringkat tinggi atau di iktiraf oleh masyarakat dunia.

Tanpa menguasai ketiga-tiga kemahiran ini, mungkin kita akan ketinggalan jauh dalam bidang ini.

Rayyan Fotoskill 013 55 33373


Tuesday 10 June 2014

Pakej Mampu Perkhidmatan Fotografi..sekarang setiap orang boleh melanggan perkhidmatan fotografi..

Menjalankan perniagaan perkhidmatan fotografi untuk semua majlis. Majlis-majlis rasmi kerajaan dan tidak rasmi, majlis perkhawinan, pertunangan, harijadi, kursus fotografi, grafik designer, event atau konsert dan sebagainya. Pakej perkhidmatan yang ditawarkan mempunyai pelbagai peringkat agar semua golongan mampu untuk mendapatkan perkhidmatan Rayyan Fotoskill.

Sila hubungi saya di no. 013 55 33373 untuk sebarang pertanyaan. Pelanggan adalah keutamaan kami.

Kursus Kemahiran dalam bidang Fotografi

Kursus Kemahiran dalam bidang Fotografi di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak

PENGENALAN
Kursus Bidang Fotografi merupakan salah satu bahagian yang ditawarkan di dalam Jabatan Fotografi.  Kaedah pengajaran adalah berteraskan pembelajaran teori dan amali.  Penilaian berdasarkan sistem keterampilan.  Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF
-     Memberi latihan kemahiran kepada belia-belia dalam bidang Fotografi;
-     Melahirkan usahawan muda dikalangan belia dalam bidang Fotografi;
-     Memberi peluang untuk berdikari;
-     Melahirkan jurufoto yang berkemahiran.

Ringkasan Kursus
-     Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara penjagaan peralatan kamera dan aksesori.
-    Pendedahan kepada pelbagai jenis peralatan kamera dan aksesori, percetakan gambar dan penggunaan peralatan studio.

Sumber : IKBN PERETAK

Selecao pilihan juara

Sao Puola: Perlawanan pertama Piala Dunia bakal berlangsung di Sao Puola, Khamis ini antara tuan rumah, Brazil menentang Croatia. Sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian dan final akan diadakan di Stadium Maracana di Rio de Janeiro pada 13 Julai. Edisi Brazil adalah yang ke-20 dan pertama di Amerika Selatan sejak 1978. Brazil satu-satunya negara tidak gagal mengambil bahagian dan muncul juara sebanyak lima kali. Begitupun, menjelang sepak mula kejohanan terbesar dunia itu, timbul beberapa persoalan yang pastinya berlegar di fikiran semua peminat bola sepak.
Soalan: Negara manakah menjadi pilihan bergelar juara?
Jawapan: Semua pemerhati melabel Brazil sebagai pilihan dan mereka dikatakan bakal menjulang Piala Dunia buat kali keenam. Argentina adalah pilihan kedua memandangkan mereka mengharungi perlawanan lebih mudah manakala Jerman diletakkan sebagai pilihan ketiga diikuti juara bertahan, Sepanyol.

Siapakah yang bakal diangkat selaku pemain terbaik?

Jawapan: Tiga pemain yang pastinya tidak boleh dinafikan kehebatan masing-masing. Jika Lionel Messi mahu dianggap setanding Diego Maradona, dia perlu membawa Argentina sekurang-kurangnya ke final. Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo pula mungkin tidak berpeluang untuk ke final, tetapi penyerang Real Madrid itu boleh menyinar di peringkat kumpulan ketika menentang Amerika Syarikat dan Jerman. Bintang tuan rumah, Neymar cukup meyakinkan ketika saingan Piala Konfederasi tahun lalu dan dia pastinya mahu membawa Brazil menjulang gelaran keenam kali ini.


Mampukah setiap pasukan menghasilkan banyak jaringan?

Jawapan: Tidak jika corak permainan ketika ini dijadikan panduan. Jumlah purata jaringan di Piala Dunia menurun pada setiap edisi sejak 1994 apabila hanya 2.71 gol dijaringkan di setiap perlawanan. Di Afrika Selatan 2010, purata jaringan merosot kepada 2.27. Piala Dunia terakhir yang menyaksikan lebih tiga gol terhasil dalam sebahagian besar perlawanan ialah ketika di Sweden 1958.


Apa catatan yang bakal diperhatikan?

Jawapan: Penyerang Jerman, Miroslav Klose boleh menyamai rekod jaringan Ronaldo di Piala Dunia dengan 15 gol jika dia mampu menterjemah setiap peluang terhidang. Jika Algeria gagal menjaringkan gol pada perlawanan pembukaan menentang Belgium, mereka akan muncul negara pertama yang beraksi di enam edisi Piala Dunia tanpa sebarang jaringan. Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas sudah mencatat tujuh rekod bersih sepanjang 15 perlawanan dan jika berjaya menghalang pemain lawan menjaringkan gol dalam tiga lagi perlawanan, dia bakal menyamai catatan Peter Shilton serta Fabien Barthez. Jika jurulatih Amerika Syarikat Juergen Klinsmann atau pengendali Perancis Didier Deschamps berjaya membawa anak buah menjulang Piala Dunia, kedua-duanya bakal menyamai catatan Mario Zagallo serta Franz Beckenbauer sebagai individu yang pernah memenangi kejohanan selaku pemain dan pengurus.


Mampukah semua stadium siap menjelang sepak mula?

Jawapan: Enam daripadanya sudah digunakan ketika Piala Konfederasi tahun lalu dan sepatutnya tidak ada masalah. Mungkin terdapat sedikit masalah di enam lagi venue - Porto Alegre, Sao Paulo, Manaus, Cuiaba, Curitiba dan Natal terutamanya membabitkan sistem Internet dan kawasan sekitarnya kerana ada tempat yang masih kelihatan berselerak.


Apa bentuk sokongan serta sorakan yang bakal dilihat?

Jawapan: Penjualan tiket amat memberangsangkan dan tiga juta keping sudah dijual setakat ini. Sebanyak 64 perlawanan akan berlangsung sekali gus bermakna purata jumlah penyokong ialah seramai 47,000 orang dan ia adalah normal pada setiap kali Piala Dunia dan menyamai catatan 1950 ketika kali terakhir Brazil menjadi tuan rumah. Yang pasti, jumlah itu tidak akan menyamai purata 64,000 penyokong ketika kejohanan dilangsungkan di Amerika Syarikat 1994.


Apa keadaan cuaca yang bakal diharungi sepanjang Piala Dunia?

Jawapan: Brazil sebuah negara besar dan peminat terutamanya di bahagian selatan perlu menyediakan baju tebal kerana suhu di kawasan itu rendah dan sejuk di waktu malam. Di utara, cuacanya panas dan aksi pasukan di kawasan itu mungkin sedikit terganggu.


Adakah Piala Dunia bakal dicemari protes dan rusuhan seperti Piala Konfederasi tahun lalu?

Jawapan: Tidak ada siapa boleh memberikan jaminan perkara itu tidak akan berlaku. Mungkin terdapat protes serta sedikit gangguan tetapi ia tidak mungkin sama dengan tahun lalu. Jika berlakunya kekacauan, polis dan tentera sedia untuk mengawal keadaan. - Reuters

sumber : myMetro

Keindahan cahaya lilin dan kek harijadi

Snap kek hari jadi....just point and shoot....dgn bantuan cahaya lilin..gambar ini cantik dan terbaik..