Sponsors

Sunday 31 August 2014

Dunia Seorang Fotografer Akan Sunyi Tanpa...

Tanpa mengambil gambar, maka sunyilah dunia seorang fotografer. Ibaratnya tiada seri wajah bagi seorang fotografer. Dengan inisiatif diri sendiri, fotografer akan setiap masa mengambil gambar untuk menambah koleksinya selain itu untuk latihan dan ulangkaji, dengan mengambil gambar ia dapat memberi kepuasan kepada seorang fotografer apabila melihat hasil-hasil gambarnya yang cantik dan selain itu terselit seni yang mendalam pada gambarnya.
Dalam diam, akan wujud peminat-peminat fotografer itu sendiri, yang suka dan menghargai hasil karya fotografer tersebut. Peminat-peminatnya akan sentiasa menanti hasil karya gambarnya yang terbaharu dan terkini. Tidak dinafikan akan ada juga wujud peminat rahsia/secret admirer.
Ada juga yang memiliki kamera DSLR tapi kamera tersebut hanya disimpan dalam peti simpanan kamera/Dry Box. Amat rugi bagi seseorang yang memiliki kamera DSLR tapi ia hanya menjadi perhiasan di dalam peti simpanan kamera.
Satu perkara yang amat penting juga, seorang fotografer yang berjaya perlu ada sokongan daripada seorang isteri bagi fotografer yang bergelar suami. Ini amat perlu, tanpa sokongan seorang isteri, seorang fotografer tidak mampu sukses dalam bidang yang dia minati dan impiannya hanya terkubur bersama-sama DSLRnya. Isteri ibarat tulang belakang kepada suami untuk berjaya dalam apa juga bidang yang dia ceburi.
Kemahiran yang tinggi dalam bidang fotografi juga amat perlu untuk dimiliki bagi seseorang fotografer. Jangan malu untuk belajar dan terus belajar tentang ilmu fotografi. Belajar menerima kritikan dari orang lain, saling bertukar pendapat dalam meningkatkan ilmu fotografi.
Akhir sekali, seorang fotografer haruslah tahu menilai satu-satu gambar yang baik. Ibarat kalau penyanyi, seorang penyanyi harus tahu menyanyi dengan baik dan tahu di mana sumbang dan cacat celanya nyanyian nya itu. Dan kalau hasil gambar fotografer ambil itu, fotografer itu tahu menilai mana gambar yang baik dan tidak baik, ditambah dengan tahu menilai kualiti gambar sebelum gambar tersebut diberi santapan mata pada pencinta seni fotografi.

Rayyan Fotoskill Fotografi

Tuesday 19 August 2014

Prof. Madya Dr. Ismail Ali, TNC HEP UMS Baharu

ISNIN, 18 OGOS - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Madya Dr. Ismail Ali dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEP) yang baharu. Pelantikan itu berkuatkuasa selama tiga tahun bermula 16 Ogos 2014 sehingga 15 Ogos 2017. 


Beliau menggantikan Prof. Madya Datuk Dr. Kasim Md Mansur yang memegang jawatan itu selama lima tahun sebelum tamat 15 Ogos lalu. Berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa pada awal kariernya di UMS, beliau merupakan seorang anak jati Sabah dari kampung Durian Tunjong, Wilayah Persekutuan Labuan yang cukup rajin dan kental dalam meningkatkan tahap pencapaian diri. Pada tahun 2000 beliau berjaya menamatkan Ijazah Sarjana dalam bidang Sejarah Peradaban Maritim dari Universiti Malaya (UM), sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sama pada 2004. 

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai pensyarah pada tahun 2005 dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Program Sejarah, Sekolah Sains Sosial selepas tiga tahun. Atas pencapaian dan sifat kepimpinan beliau dalam pelbagai aspek, Dr. Ismail Ali telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) pada 2009 sebelum memegang jawatan sebagai Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa pada tahun 2010. Selepas dua tahun memegang jawatan itu, beliau telah dilantik menjadi peneraju UMSKAL sebagai Pengarah di kampus berkenaan. 

Kebolehpercayaan universiti kepada beliau sebagai tokoh akademik yang mampu mengangkat semangat patriotik dalam kalangan siswa-siswi UMS khususnya dalam aspek penerapan motivasi dan jati diri selain mempunyai kekuatan dalam merangka program-program yang membentuk kepimpinan pelajar juga membolehkan beliau satu-satunya yang dilihat bertepatan dalam mengisi jawatan TNC HEP. “Dalam tempoh tiga tahun pelantikan TNC ini, saya akan melakukan sebaik mungkin untuk menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan khusus dalam meningkatkan sahsiah dan kebajikan pelajar,” katanya dalam satu pertemuan singkat dengan media Canselori. -SS