Pada
zaman sekarang begitu ramai orang berminat dengan kamera DSLR. Seolah-olah ia
menjadi satu trend atau ikut-ikutan pada zaman dunia fotografi. Tidak kira tua
atau muda, apabila kita lihat di tangan mereka pasti ada sebiji DSLR tergantung
di badan mereka. Tetapi adakah kita tahu
mengapa kita pilih Kamera DSLR? dan kenapa pula kita tidak memilih kamera
kompak? Inilah persoalan yang selalu bermain diminda kita.
DSLR
seperti yang kita tahu, ia bukanlah sebuah kamera yang murah atau mudah
dimiliki jika dibandingkan dengan kamera kompak yang harganya jauh lebih murah.
Walaupun DSLR sebuah kamera yang mahal tapi kita masih ingin untuk memiliki
DSLR.
Apakah
kelebihan DSLR ? DSLR adalah sebuah kamera yang boleh memberikan kita output/hasil
gambar yang kita inginkan atau dalam ertikata, "Kita adalah pengarah
kepada DSLR, DSLR akan mengikut kehendak kita, jenis gambar yang bagaimana kita
mahukan iaitu output/hasil gambar tersebut".
Berbeza
dengan kamera kompak, kamera kompak tidak boleh memenuhi permintaan kita atau menghasilkan
gambar seperti apa yang kita inginkan. Maksudnya, gambar yang terhasil memang
cantik tapi tidak seperti apa yang kita mahukan. Ciri-ciri kamera kompak yang setting/pengaturcaraannya
lebih kepada Auto Mode. Setting Auto ini kita gunakan dari mula kita mengambil
gambar sehinggalah kita selesai proses mengambil gambar. Pendek kata, lebih
mudah mengambil gambar mengunakan kamera kompak, hanya set butang dail kepada Auto
Setting.
Seseorang
yang memiliki DSLR perlu ada kemahiran dalam bidang DSLR fotografi, tahu
cara-cara mengunakan kamera DSLR semaksima yang boleh. Mengunakan DSLR dengan Manual
Mode Setting agar kita dapat memaksimakan keupayaan DSLR dalam menghasilkan
suatu gambar yang berkualiti, menarik dan terbaik.
Pesanan
kepada orang perseorangan yang memiliki kamera DSLR, beranikanlah diri mengunakan
DSLR/mengambil gambar dengan mengunakan Manual Mode Setting. Gunakanlah
kelebihan/keupayaan kamera DSLR semaksima mungkin dengan menguasai pengaturcaraan
menu yang ada pada sesebuah DSLR, antaranya menguasai ISO/Apperture/Shutter
Speed.
Adalah
menjadi suatu yang sia-sia memiliki kamera DSLR apabila kita memiliki DSLR tapi
mengambil gambar mengunakan DSLR dengan Auto Mode Settting dan apabila kita
guna Auto Mode Setting mengambil gambar mengunakan DSLR, samalah juga seperti
kita mengambil gambar guna kamera kompak. Lebih baik kita guna kamera kompak
sahaja kalau kita mengambil gambar guna DSLR dengan Auto Mode Setting. Berani
mencuba, praktis menjadikan kita sempurna(Practise Make Perfect).
03 Julai 2014/05 Ramadhan/Khamis
03 Julai 2014/05 Ramadhan/Khamis
No comments:
Post a Comment