ISO atau
juga dikenali sebagai ASA adalah kepekaan cahaya atau sensitiviti sensor kamera
terhadap cahaya. Sebagainya asasnya ISO pada fotografi, semakin tinggi nilai
ISO, maka semakin sensitiflah sensor
kamera pada cahaya. ISO pada zaman Kamera SLR mengunakan "Kamera Filem", kita sering melihat perkataan ISO ada pada
"Kamera Filem" yang kita hendak beli.
Kalau kita
hendak ambil gambar pada waktu malam atau kurang cahaya, kita selalu akan beli "Kamera Filem" dengan nilai
ISO yang tinggi seperti ISO 400/640/800
di kedai-kedai gambar. Tetapi sekarang zaman dunia fotografi sudah semakin
canggih, dimana evolusi kamera Digital/DSLR memudahkan kita membuat setting ISO
seperti apa yang kita kehendaki.
Kita tidak
perlu lagi membeli atau mengunakan "Kamera
Filem" kalau hendak mengambil gambar. Kita boleh set nilai ISO apa
yang kita mahu sebelum kita mula mengambil gambar pada waktu itu juga.
Kita juga
kena berhati-hati dengan nilai ISO yang tinggi. ISO dengan NOISE sentiasa menjadi seperti adik beradik. Tetapi tidak
semestinya ada NOISE pada gambar,
gambar akan menjadi tidak berkualiti. Terpulang kepada situasi dan juga fotografer
yang mengambil gambar tersebut.
Perlu
diingatkan juga, tidak semestinya pada waktu malam kita tidak boleh mengunakan
ISO dengan nilai rendah. Sebagai contoh mengambil gambar "Air Pancutan" pada waktu malam.
Kita boleh mengunakan ISO 100 untuk menjadikan gambar kita cantik dan jelas.
Tips lain untuk menjadikan gambar kita cantik dan jelas, kita perlu ada Tripod dan Remote Control supaya gambar kita tidak kelihatan kabur.
Practise Makes Perfect. Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment