Sponsors

Sunday 31 August 2014

Dunia Seorang Fotografer Akan Sunyi Tanpa...

Tanpa mengambil gambar, maka sunyilah dunia seorang fotografer. Ibaratnya tiada seri wajah bagi seorang fotografer. Dengan inisiatif diri sendiri, fotografer akan setiap masa mengambil gambar untuk menambah koleksinya selain itu untuk latihan dan ulangkaji, dengan mengambil gambar ia dapat memberi kepuasan kepada seorang fotografer apabila melihat hasil-hasil gambarnya yang cantik dan selain itu terselit seni yang mendalam pada gambarnya.
Dalam diam, akan wujud peminat-peminat fotografer itu sendiri, yang suka dan menghargai hasil karya fotografer tersebut. Peminat-peminatnya akan sentiasa menanti hasil karya gambarnya yang terbaharu dan terkini. Tidak dinafikan akan ada juga wujud peminat rahsia/secret admirer.
Ada juga yang memiliki kamera DSLR tapi kamera tersebut hanya disimpan dalam peti simpanan kamera/Dry Box. Amat rugi bagi seseorang yang memiliki kamera DSLR tapi ia hanya menjadi perhiasan di dalam peti simpanan kamera.
Satu perkara yang amat penting juga, seorang fotografer yang berjaya perlu ada sokongan daripada seorang isteri bagi fotografer yang bergelar suami. Ini amat perlu, tanpa sokongan seorang isteri, seorang fotografer tidak mampu sukses dalam bidang yang dia minati dan impiannya hanya terkubur bersama-sama DSLRnya. Isteri ibarat tulang belakang kepada suami untuk berjaya dalam apa juga bidang yang dia ceburi.
Kemahiran yang tinggi dalam bidang fotografi juga amat perlu untuk dimiliki bagi seseorang fotografer. Jangan malu untuk belajar dan terus belajar tentang ilmu fotografi. Belajar menerima kritikan dari orang lain, saling bertukar pendapat dalam meningkatkan ilmu fotografi.
Akhir sekali, seorang fotografer haruslah tahu menilai satu-satu gambar yang baik. Ibarat kalau penyanyi, seorang penyanyi harus tahu menyanyi dengan baik dan tahu di mana sumbang dan cacat celanya nyanyian nya itu. Dan kalau hasil gambar fotografer ambil itu, fotografer itu tahu menilai mana gambar yang baik dan tidak baik, ditambah dengan tahu menilai kualiti gambar sebelum gambar tersebut diberi santapan mata pada pencinta seni fotografi.

Rayyan Fotoskill Fotografi

No comments: